Memang betol ape yg zaki ckp kt kelas tajwid di masjid..Ketika zaman2 sekolah menengah dulu,kalo ustazah or ustaz tanye,ape perbezaan surah2 makkiyah n madaniyah,pasti semue berlumbe2 nk jawab,angkat tangan nga penuh semangat,xsampai seminit boleh kc jawapan yang lengkap..tapi kalo tanye sekarang memang terkial kial la nak jawab..aku pon same td..teruk sgt sb xle jawab..dulu study juz for da sake of exam..x aplikasi btol2 dalam life..huhu..sdeh2..so,balik td,aku pon search la kt tenet pasal ni..so,jom same2 kt refresh balik apekah perbezaan surah2 makkiyah n madaniyah=)
Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun, sebagian besar waktu Rasulullah dihabiskan di Makkah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Ertinya : Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian” [Al-Israa : 106]
Oleh karena itu para ulama rahimahullahu membagi Al-Qur’an menjadi dua bagian :
~Makkiyah
~Madaniyah
Sebenarnya, pengasingan ini adalah kerana Quran diturunkan dalam dua musim, di Mekah dan di Madinah. Kedua-dua musim ini dipisahkan oleh peristiwa yang bersejarah, iaitu hijrah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau ke Madinah. Tempoh kedua-dua musim itu ialah, di Mekah (sebelum Nabi berhijrah) selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari. Sedangkan di Madinah (selepas Nabi berhijrah) selama 9 tahun, 9 bulan, 9 hari.
Dengan demikian, bukan bermaksud semua surah yang diturunkan di Mekah itu digolongkan dalam surah Makkiyah, atau surah yang diturunkan di Madinah itu digolongkan dalam surah Madaniyah. Melainkan, bergantung pada bila surah itu diturunkan dan bukan di mana surah itu diturunkan. Sehingga antara surah Makkiyah dan surah Madaniyah masing-masing mempunyai perbezaan.
PERBEZAAN SURAH SURAH MAKIYYAH DAN MADANIYAH
A-Ciri-ciri Ayat Makki
1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.
2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah kalla (كلا)
3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan ( ياايهاالذينءامنوا)
4)Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.
5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.
6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.
Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu;
1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.
2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan balasan hari Akhirat (syurga dan neraka).
3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.
4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.
5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.
B- Ciri-ciri Surah Madani
1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan menerangkan hukum-hukum mengenainya.
2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.
3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, social dan kenegaraan.
4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.
Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:
1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.
2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.
.
SURAH-SURAH AL-QURAN YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN MADANI
Para ulama telah sependapat membahagikan 114 surah dalam al-Quran kepada surah-surah Makki dan Madani seperti berikut: Surah-surah Makki -Termasuk di dalam surah Makki sebanyak 82 surah iairu surah :
1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un 41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun 45)AL-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah 61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’rak 68)as-Syura 69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq 73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar 81)al-Insan 82) Fussilat
-Surah-surah Madani - Termasuk di dalam surah-surah Madani sebanyak 20 surah iaitu:
1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah 16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr
- Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai surah Madani iaitu surah:
1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass
kenapa surah an-nisa ada di makiyyah dan madaniyyah?
ReplyDeletetakfaham
ReplyDelete👍
ReplyDelete