Sunday, May 17, 2009

Peliharalah HidayahNya..


Salam...

          Selepas maghrib td,aku menghadiri usrah yg diadakan di rumahku..aku nk share sedikit ilmu yang aku dapat td supaya ianya xsia2=) byk perkara yg kami bincangkan td  namun aku tertarik dengan satu tajuk ni..ianya agak simple tp sebenarnye sgt2 penting sebagai peringatan buat kita semua,iaitu 'Hidayah Dari Allah'..

         Hidayah dari Allah SWT bermaksud Petunjuk, Panduan, Pimpinan Allah ke jalan yang benar kepada sesiapa yang dikehendakinya.. Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah sahajalah yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan kepada ketenangan jiwa..

      Allah telah berfirman dalam Surah Al-An'am,ayat 125:


"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki akan memberikan kepadanya petujuk,niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama)Islam.Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya.niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,seolah olah ia sedang mendaki  langit.Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang yang tidak beriman"..

          Pernah x kita tertanye2,bilakah Allah nk kc kita hidayah untuk merubah kita jadi lebih baik?sumtyms kite terpikir,bilakah Allah nk kc hidayah kepadaku supaya dpt jd wanita solehah cam kawan kita tu..Sure pernahkan..hihi..So,untuk dptkn hidayah Allah,kita sebagai hambaNya perlulah berusaha,bukanlah hanya menunggu je bl hidayah tu akn datang..Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar. Lebih-lebih lagi perjalanan hidup yang penuh berliku semestinya ditempuhi oleh setiap insan menuntut sedikit sebanyak ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi agar dia berjaya dalam hidupnya. Oleh sebab itulah, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah kepada setiap Muslim yang beriman kepada-Nya..

         Namun kita kadang2 lupe,leka,tidak menghargai hidayah yang dikurniakn kepada kita..Sebagai contoh,Allah telah bukakan pintu hati kita untuk menghadiri usrah ataupon ceramah2 agama yang akan diadakan dat weekend..tapi tiba2 kita merubah fikiran xnk pergi n janji kepada diri sendiri akan pergi lain kali..itu adalah salah satu contoh kita mensia siakan hidayah yang Allah berikan kepada kita,menangguh nangguhkan perkara yang baik..tidakkah kita sedar bahawa Allah boleh menarik balik hidayah tu bila2 mase..??sedehkan bila nikmat hidayah tu hilang=( Sedeh apabila hidayah yang diberi percuma oleh Allah kepada kita sebagai suatu rahmat yang agung tidak kita pelihara sehingga hidayah sedikit demi sedikit hilang dari catatan sanubari kita tanpa kita sedari lantas terjunlah kita kearah kederhakaan kepada Allah..Nauzubillah..

            Dalam sirah tercatit bagaimana matinya Abu Tolib yang banyak membantu Rasul mempertahankan islam tidak beriman sehingga akhir hayatnya kerana Allah tidak mengizinkannya sekalipun Rasullullah berulang alik 21 kali kerumah Abu Tolib sepanjang nazaknya dan mentalkinkan ( mengigatkan) agar beliau menyebut kalimat toyyibah namun tidak mampu dilakukan! Didalam Kitab Hadith Riayadhusolihin menyebutkan Abu Tolib dimasukkan kedalam neraka dengan dipakaikan terompah neraka selamanya yang kesannya mengelegak sampai keotaknya selamanya. Dan itulah seringgan ringgan azab neraka. nauzubillahi minzalik.

           Inilah peringatan Allah kepada hamba Nya agar memelihara hidayah yang dikurniakan..Hidayah ni kecil je,kita xnampak tapi sebenarnye sgt berharga..Jadi,peliharalah hidayah yang Allah berikan kepada kita supaya hidayah ini kekal selamanya dalam hidup kita hingga kepada sakaratul maut. Supaya kita mati dalam iman InsyaAllah=)

6 comments:

  1. nice entry enti~..btul2..setuju ngn semua..ingat tak yang pasal ruben tu..yang die masuk Islam tu..Allah dah bg macam2 petunjuk kt die..die tak nampak..n lastly..there was a beatiful reminder..the ayat that he was about to read 'haven't WE shown u enuf already', erm masih tercarik2 which one is that ayat he was reading..if jumpe bgtau ne~..
    k salam

    [merindui waktu itu huhu]

    p/s: syabab busyuk hehehe

    ReplyDelete
  2. lama dah tak bukak kak shida nyer blog. maklumla my laptop cam ngah ader prob. sob sob sob! btw nak gi tau yang kak shida telah ditagged!!!

    ReplyDelete
  3. p/s to maisarah:mek,eleh..rindulah tu..siap kat blog shida pun kata syabab busuk..ckp je lah rindu kan..^_^

    ReplyDelete
  4. tikah..
    aku da buat da..award tu pink..hihi..tenkiu2

    ReplyDelete
  5. to syabab n maisarah..
    syg kamu..thanx 4 evrythg ye=)
    jgn gaduh2 ye syabab nga maisarah..tau korg bedue rindu each other kn..lalala

    ReplyDelete