Thursday, May 21, 2009

Bertaubatlah...

Salam

          Kalo entry sebelum ni aku share psal hidayah,kali ni aku nak share pasal len plak,iaitu TAUBAT...Moge entry ni bermanfaat buat semua,terutamanya buat diriku..=)

         Setiap orang pasti melakukan kesilapan. hatta nabi2 pon mempunyai dosa, inikan pula kita manusia yang berasal dari perkataan Al-Insan yg berasal dari Nasiya yang bermaksud LUPA..

Terdapat 3 jenis makhluk;

~makhluk yang melakukan kebaikan sahaja yang merupakan malaikat muqarrabin.
~makhluk yang melakukan kejahatan sahaja yang merupakan syaitan.
~makhluk yang mempunyai sikap kembali dari kejahatan ke arah kebaikan adalah manusia.

Tau kah korg sejarah perbuatan atau amalan taubat ini berasal daripada siapa??

        Taubat mengikut sejarah berasal daripada nabi Adam ketika baginda melanggar arahan daripada Allah yang melarangnya memakan buah khuldi. tetapi Adam yg telah dipengaruhi syaitan yang direjam terleka dan ditakdirkan memakan buah khuldi tersebut lalu Allah menghukum mereka dengan memerintahkan mereka ke dunia. Nabi Adam terus menyesal dan segera bertaubat kpd Allah. Dengan sikap Maha Pengampun Allah maka taubat Adam diterima.inilah Taubat yang pertama sekali di muka bumi ini.

       Selain nabi Adam, nabi Musa pon penah melakukan dosa yang telah diceritakan dlm Al-Quran oleh Allah. Sebelum diangkat menjadi Rasul Musa pernah membunuh seorang pemuda yang mengakibatkannya dikejar firaun. Setelah menjadi rasul juga Musa tidak terlepas dari membuat keslapan. Antaranya ketika Musa baru sahaja selesai menerima wahyu di Bukit Tur Sina beliau melihat kaum bani israil menyembah patung berhala yang dibuatoleh Samiri. Musa dengan perasaan yang amat marah menarik jangut nabi Harun saudaranya dan memarahi Harun.Namun selepas sedar akan kesalahannya itu Musa segera melepaskan Harun.

       Diceritakan juga kisah Nabi Musa yang ingin melihat wajah Allah. Namun begitu Nabi musa tidak dapat menahan diri daripada pengsan dek kerana kekuasaan Allah. MUsa segera menyesal dan bertaubat kpada Allah.

       Terdapat juga kisah nabi YUnus yang berputus asa kepada kaumnya yg tidak mahu mendengar dakwah nya.Lalu diberi peringatan kepada nya di dalam perut Ikan NUN.

        Hatta Nabi Muhammad sendiri pon tidak lari dari melakukan dosa. ini diceritakan dalam surah A'basa. dikisahkan nabi sedang bermesyuarat bersama pembesar Qiraisy dan pada ketika itu seorang buta yang beriman ingin bertanya tentang Islam. Nabi ketika itu menarik mukanya sahaja tanpa melukakan hati si buta tersebut. Namun perbuatan nabi ditegur Allah.

Dan semurni2 taubat adalah taubat nasuha. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat ke 8;


'"Wahai orang2 yang beriman, taubatlah kepada Allah dgn taubat semurni2nya mudahan2 tuhan kamu akan menghapus kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2 , pada hari ketika Allah tidak mengecewakan nabi-nabi dan orang2 yang beriman dengannya sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan kanan mereka smbil mereka berkata 'ya tuhan kami sempurnakanlah utk kami cahaya kami dan ampunilah kami. sungguh kau maha kuasa atas segala sesuatu."

Siapa yg perlu taubat rase2 nye??

Orang2 bese mcm kite? Orang2 alim? ker orang2 yg kat penjara tuh jer??
Kalau kita yang kene taubat ape yg bese kita wat smpi kene taubat??
mencuri? menipu?? ape lagi??
Kalau orang yg kat penjara tuh or pusat2 serenti maybe nmpk obvious sgt kan kesalahan2 diorang.
tapi jika kita lihat orang alim contohnya Yusuf al-Qardawi, Hassan al-Banna. Apa agak2 diorang kesalahan diorang sampai kene taubat???
rase2 nye kesalahan diorang same x nga kite??
pernah x satu hari kita nk bertaubat tapi x dapat pikir ape dosa yg kita da wat dalam satu hari tu?? sbb kita x buat dosa2 besar. dosa2 kecik yg mcm obvious sgt pon jarang2.
(berfikirlah sejenak) =)
So di sini nk tegaskan bahawa semua orang perlu bertaubat hatta sehingga maqam seorang nabi pon.

Jom kita lihat tingkatan dosa ;

~bermula dari dosa2 besar sperti mebunuh, berzina dll
~kemudian dosa2 kecil seperti mengumpat, menipu
~kemudian adakah kita melakukan perkara2 syubhat??
~jika tiada syubhat yang kita lakukan adakah kita melakukan benda2 makruh??
~jika tiada juga bnde2 makruh, adakah ada kelalaian dalam hati kita dalam ingat kepada Allah??
~jika tiada itu juga adakah kita berdiam diri pada maqam yg terndah dan tidak ingin berusaha    ke maqam tinggi??

So dimanakah tahap kite ye sahabat2??=)

Seorang imam pernah berkata;

" Jika ada satu saat terlepas dari maksiat yg dilakukan tubuh kita, maka tidak terlepas dari keinginan berbuat maksiat dalam hati. dan jika tiada keinginan dalam hati, syaitan tiupkan was2 sehinga lupa kpada zikr Allah."


So selepas ini kita mesti la taubat tiap2 hari sebab confem mesti ade salah kita except kita maksum mcm nabi. sesungguhnya orang yg tidak bertaubat itu adalah orang yang zalim. Dan Allah tidak suka orang2 yg zalim. Bilamana Allah tidak suka maka susah lah utk mendapat hidayah dari NYa. maka takselamat lah dari api neraka.

Dan taubat ni salah satu cara menyucikan diri. Nak kasi satu analogi care membersihkan hati:

Hati ini umpama jalan2 di manipal yang berlubang2 ni. Jika sudah ada satu lubang kecil hendaklah ditampal dengan segera. jika dibiarkan maka pasti akan merebak dan mejadi lebih besar. sehinga akhir skali orang pon sudah malas nk lalu jalan tuh sbb klu lalu konfem menyusahkan. tapi klu jalan sentiasa ditampal dan diturap, maka orang pon akan selalu lalu kerana suka keselesaannya.

So mcam itu juga la hidayah Allah.Klu tiap2 hari kta taubat, bermaksud kita tampal atau turap hati kita. maka mudahlah Allah nak kasi hidayah kat kita. sesunnguhnya semua itu perlu kepada berfikir.

Dalam Quran mmg terlalu banyak peringatan pasal berfikir. klu kita tidak berfikir sesaat pon hidup kite ni ada kaitan dengan Allah, maka sangat2 rugi la kita...sedeykan camtu=(

Kalau kita membaca quran hanya dengan akal fikiran dan berfikir pon tidak guna jika kita tidak membaca dengan mata hati kita. Oleh itu berfikirlah dengan mata hati kita. tanye lah diri kita ini adakah sudah cukup ape yang kita lakukan utk bergelar hamba Allah?

Jgn jadi org yg hafal quran tetapi tidak mengamalkannya mcm lecturer2 kafir yg mahir tntg ilmu quran tetaoi hnya skadar itu sahaja la. mereka tidak paham dngan mata hati maka mereka tidak nmpk hidayah Allah itu.

Sudah cukupkah amalan kita yg memungkinkan kita mendapat pengiktirafan dari Allah?
Adakah setiap saat hidup kite, kite lakukan kerana Allah??Marilah kite same2 check amalan kite k..=)

Ade seorang sahabat pernah cerita, dia sangat takut utk berjalan2 di europe kerana takut dipersoalkan di akhirat atas tujuan apa kita berjalan2?? sudah selesaikah tanggungjawab kita??

Sangat tersentuh dgn jawapannya itu. dia jalan ke Czech kerna ingin berjumpa anak2 usrahnya. so setiap perbuatan kita hendaklah disertai dengan niat kerna Allah. Jangan sia2kan satu saat pon hidup kita kerana setiap saat akn dipersoalkan di akhirat kelak. peringatan utk diri sendiri supaya xlalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah.. huhu.

Harap pasni kite same2 bertaubat,kembali kepadaNya..InsyaAllah..n yg plg pntg kt kene berusaha untuk upgrade kan diri kita..mksud upgrade kt cni adalah upgrade kn amalan kite,upgrade tahap keimanan..contohnye,kalo b4 diz tkut nk imamkn solat jemaah,pasni beranikan diri untuk jadi imam..bak kate naqibahku..UP UP UP!!!!hihi..

2 comments:

  1. syabas shida~ good post n tq for sharing^_^
    yerp2..up up up!^_~

    ReplyDelete
  2. salam, shida..

    wah, rajinnyer menulis panjang2, yer ;p

    1st, baru tau, jalan kat sane byk lubang ek.. hehe.. anyway nak share jugak la.. dalam hadith 18 dlm kitab hadith 40 imam nawawi pun ade sebut pasal taubat ni.. org yg b'taqwa bukanlah org yg perfect, tak lakukan dosa.. tapi org2 btaqwa adalah org yg lakukan dosa, tapi die sedar n bertaubat :-)

    kay.. gud luck yer kat sane..

    ReplyDelete