Wednesday, July 8, 2009

Aspirasi Mujahidah..

Alangkah indahnya kulihat..
berjalan seorang muslimah mukminah..
dengan wajah yang ditutupi niqab..
dia berjalan penuh tawadhu'..
Langkahya ibarat seorang pejuang muslimah
yang teang,yakin,berwibawa,penuh dengan semangat seorang mujahidah..
Disebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa jiwa,
bukan getaran nafsu,tapi getaran keinsafan
untuk mengenal Allah dengan lebih dekat,
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dengan memngingati Yang Maha Esa..
Ade seulas bibir yang merah bak delimas
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..
ada sepasang mata yang redup,yang cukup terjaga dari
pandangan maksiat..
Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian
dirinya yang lembut dalam tegas..
Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,
bahasa badannya,yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana Dia...
Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
melainkan hikmah,haq,serta mutiara2 ukhuwwah..
Hanya dengan melihat pada perwatakannya,sudah cukup untuk menarik
hati2 yang lalai dari mengingati Allah,agar segera berfikir tentangNya..
Subhanallah....
Mampukah kita menjadi sepertinya??InsyaAllah..^_^


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


1 comment:

  1. salam shida.
    mitok maaf.komen dok kait dgn entri.mok shida ape kabo?sihat?shida sihat?rindu nk dgr shida gelok.:)

    ReplyDelete