Friday, March 20, 2009

Berzikir dan Berwirid Selepas Solat Menurut As Sunnah..

Zikir Dan Wirid Selepas Solat

Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya.

Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan.

Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam).

Firman Allah SWT yang maksudnya:

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(Surah al-A’raf, ayat 205)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”

(Surah al-A’raf, ayat 55)

“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul.

Imam as-Syafi’i (rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:

“Saya (Imam Shafi’i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya.”

(Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedah-kaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafi’i (rahimahullah). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.

Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:

“Bahawa zikir dan doa’ sesudah solat harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa’ itu harus disirrkan (diperlahankan).”

(Kitab Zikir dan Doa’-Doa’ Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam), Sunan al-Kubra)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut perkara yang sama bahawa:

“Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).”

(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa berzikir atau berwirid selepas solat adalah secara bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat iaitu bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat (makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang solat sunat selepas itu (sunat ba’diah).

Semua bacaan yang kita baca selepas solat (terutamanya lepas solat jemaah) adalah dari nabi SAW. Cuma Nabi tak buat secara ramai-ramai.

1. Selepas salam:

a. Istigfar .
b. baca:“Allahuma antas salam wa minka salam, wailaika ya'udus salam, fahaiyina rabbana bissalam, waadkhilna jannata darussalam, taba rak ta rabbana wata’alait, yazal jala liwal ikram”,
c. La ila ha illallah wahdahu lasyarikalah lahulmulku walahul hamdu yuhyi wayumit wahuwa’ala qul lisyain qadadeer”…. juga dari nabi SAW.
d. Kalau wirid ayat kursi, lebih baik terus baca “Allahu la ila”- kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.
e. Baca surah Al-Falaq dan An-Nas lepas solat untuk tolak sihir.
f. Zikir tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat.

Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan .Cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib.

2. Kalau ada Solat-solat sunat, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.

Lepas subuh dan asar zikirlah panjang sikit (contohnya tasbih, tahmid, takbir 33 kali) kerana tidak ada solat sunat selepas itu. Kecuali ada majlis ilmu, ceramah agama.

Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah. Tapi zikir adalah juga bermakna majlis ilmu, kelas agama dan khutbah. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga kerana zikir.

3. Lepas Isya’ juga ada solat sunat. Seeloknya 4 raka’at termasuk witir, kerana 4 raka’at sunat lepas Isya’ pahalanya amat besar.

4. Nabi SAW tidak pernah tinggal witir dan tidak mengaku umat orang yang tidak solat witir (dalam satu hadis).

®Nasbun Nurain

~Jom kite same2 amalkan ye sahabat2...Istiqamah ye shida..Fastaqim kama umirta =)

5 comments:

  1. Salam, Shida.
    Ni ani, igt lagi ke? yang dok depan cube shida dan bibik mse kat kulim.
    Ani nak tanye, poin last tu, yang pasal solat witir tu, tu hadis shahih ke? boleh sertakan sape perawinya?

    selamat menempuh alam klinikal.
    =)

    ReplyDelete
  2. salam ani..org ingt lg ke ani..rindunye..huhu..hope pasni kt trus kontek deh..
    act post ni pon org copy paste,dr nasbun nurain,ade name die kt bwh tu..maaf deh xdpt tlg ani..
    kalo ani trjmpe psal tu kt mn2,oyakla ko oghe deh..
    btw,thanx 4droppg by..jmp lg pasni..hihi

    ReplyDelete
  3. wah~! fastakim kama umirta - ayat femes bdak KISAS dan juger moto kisas.. =)

    ReplyDelete
  4. haha..tau2..tp aku jmp dlu ayt tu,then br tau tu moto kisas..hehe..xde tiru kisas ye..hihi

    ReplyDelete
  5. Salam,
    setakat ni ani tak jumpe lagi tentang hadis ni. tapi memang Rasulullah s.a.w sentiasa mengerjakan solat sunat witir. Dan solat sunat witir adalah sunat muakkad yakni sunat yang dituntut.
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete