Monday, August 9, 2010

Analogi Sebatang Pokok..

Salam 'alaik..

Apa khabar iman kita?Ade improvement?Ade kan??InsyaAllah^_^

Camane ye dengan Ramadhan sahabat2?

Hopefully,Ramadhan kite kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, n moga ape yang kite amalkan ketika Ramadhan akan terus menjadi amalan kite selepas Ramadhan berakhir..InsyaAllah..^_^

Okla,sekarang nak share nga sahabat2 sedikit pengisian daripada usrah kami tadi..

Daripada Surah Ibrahim,ayat 24-25:

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pokok yang baik,akarnya teguh,dan cabangnya(menjulang) ke langit,pohon it memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.."
[Surah Ibrahim: 24-25]

Basically,ayat2 ini diturunkan sebagai perumpamaan oleh Allah untuk umat manusia as a reminder yang sentiase leka ni..huhu..

Before tu kite tengok gamba kt bawah ni dulu ye..jomm..



Berdasarkan ayat 24-25 Surah Ibrahim ini,ade mnyebut mengenai sebatang pokok yang baik dimana cabangnye menjulang ke langit,,mempunyai akar yang teguh,dan mengeluarkan buah...

Ok,kat sini kite bole relatekan dengan analogy sebatang pokok n umpamakan diri kite sebagai pokok tu..For sure kite nk jadi pokok yang baek kan?cam yg dikatakan dalam ayt tersebut?

So,camane nak jadi pokok yang baik tu ye?hehe..*guess*

Firstly,pokok itu perlulah disokong pula oleh akar teguh..Kalo akar itu teguh mencengkam bumi,maka teguhla pokok itu berdiri..kita bole umpamakan akar sebagai aqidah..Aqidah yang teguh merupakan asas kekuatan diri seorang insan..Dengan adenye aqidah yang mantap,iman n ketakwaannya kepada Allah xkan goyah walopon ditimpe pelbagai ujian..Sebagai contoh,jika kite bace kisah para sahabat Rasulullah seperti Bilal bin Rabah ketika beliau diseksa,hanya kalimah Lailahaillaallah yang keluar dari mulutnya..Ketika diawal dakwah Rasulullah,perkara utama yang Rasulullah terapkan kepada sahabat adalah aqidah itu sendiri..Betapa aqidah itu sangat penting kan??..

Pastu,pokok yang baik kene la ade batang pokok yang besar kan..kalo batang pokok tu cam kecik o rapuh,kene tiup dek angin sepoi2 bahasa pon bole tumbang..hehe..Jadi,batang pokok yang besar tu datangnye daripada ibadah2 asas kite seperti solat,puasa,tutup aurat etc..Ibadah asas ni pon sama pentingnye dengan aqidah..kedue2 nye kene la mantap..=)

Then,pokok yang baik itu mempunyai daun yang sgt rimbun n menghijau..Daun itu pula diumpamakan seperti ibadah2 sunat..

Pokok tu mempunyai akar yang kuat,batang besar,n daun yang hijau n rimbun,cukup ok kan pokok tu,tapi lagi bertambah baek pokok tu bile dapat mngeluarkan buah yang baek n sedap dimakan dan rantingnye bercabang tinggi..hehe..dan buah dan ranting2 itu adalah akhlak kite..

Bile ade aqidah yang kuat dengan ibadah asas yang dijage rapi,n ditambah lak dengan ibadah2 sunah yang dilakukan dengan istiqamah,maka akan membuahkan akhlak yang indah..InsyaAllah..

p/s:if ade tersilap pape dalam entry ni minta maaf n tolong ditegur ye..^_^

Monday, August 2, 2010

Muhasabah Diri..

Salam 'alaik..

Lately,rase dir cam sangat ini sangat lalai..sangat jauh denganNya..
Semangat2 yang dulunye sangat berkobar2,makin ari2 makin luntur,makin hilang..

Kenapa ye?
Maybe sebab tengah posting surgery yg sgt hectic,nak berdepan nga Prof MV ari2 kene prepare gile2..Yeke??
Tak pun sebab skrg ni mase berlalu dengan sangat pantas..sekejap je da malam..
Maybe gak sebab...or sebab bla bla bla...

Aisyy..Macam2 la alasan yang diri sendiri create..
Salahkan surgery posting lak..huhu
Takde pon nk salahkan diri sendiri..aigoo..hehe

Cam ustz hasrizal cakap ari2,kite slalu jadikn bnde lain sebagai alasan,bukannya letakkan kesalahan tu atas diri sendiri..huhu

Lemahnye diri ni..

Kadang2 lagi dahulukan perkara dunia melebihi akhirat..
Lagi pentingkan study daripada beribadah..
Lagi pentingkan bende2 yang xpenting daripada abdikan diri dalam dakwah..
Lupe bahawa dunia ni hanyalah diibaratkan setitik air laut,walhal akhirat itu adalah seluas lautan..

MasyaAllah..laghonye diri ni..T_T

Apw yang perlu ku lakukan??
Think think n think..

Emm..
Harus berubah mulai detik ini..[rasenye selalu je gune ayt ni..hoho]
Tak boleh hanya duduk n merenung naseb..

Tapi,
Diri harus bangkit..
Semangat harus dikembalikan..
Niat harus diperbetulkan..
Ibadah perlu ditingkatkan..
Kaki harus melangkah,meninggalkan perkara2 lagho..
InsyaAllah..^_^

[tgh semangat ni..!!!moge terus kekal semangat camni..hehe..I'Allah]

p/s:Ramadhan bakal tibe..lebih kurang seminggu je lagi..HOpefully kite sume excited tunggu Ramadhan lebih dari tunggu raye..hehe..^_^

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
~Always be there: Maher Zain~


::u'r the reason for me to stand..thanx sis 4 always by my side::
ukhuwah fillah..

Wednesday, July 14, 2010

Bau Syurga..^_^

Salam 'alaik..

Entry yang ringkas kali ni,sekadar peringatan kita bersama..InsyaAllah ^_^

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka.Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang-lenggok ketika berjalan,menarik perhatian orang yang melihat mereka.Kepala mereka [sanggul/fesyen rambut] bagaikan bonggol unta yang senget.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya.Sesungguhnya bau syurga itu boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh." [Riwayat Muslim no.31]

Dalam riwayat Imam Malik,ada sambungan hadis ini iaitu:

"...Bau wangi syurga dapat dihidu dari jaraj 500 tahun perjalanan." [Al- Muwatta',no 1421]

[source:Majalah Solusi Isu 21,page 12]

Moge2 kite semua tidak tergolong dalam golongan2 yang disebut dalam hadis diatas..InsyaAllah..=)

And nak share nga kawan2 quotation daripada kak N..

"Bidadari itu tak dilihat dan juge tak melihat.."

Jom sama2 kite renungkan,InsyaAllah^_^



::Alhamdulillah..rezeki ku ^_^
~2nd place Best Room Competition~
Thanx buat kawan2 yang byk membantu n support me=)

Sunday, June 27, 2010

Ummahatul Mukminin~Aisyah Humaira...

Salam 'alaik..
Entry kali ni nak share nga sahabat2 kisah seorang wanita yang mulia,yang merupakan penghuni syurga,dan juga merupakan salah seorang isteri Rasulullah.. Beliau adalah Aisyah Humaira..^_^

Aisyah Humaira-UNIC

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan inginku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah-munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-muqatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Tetapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehna ujian

Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Engkau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawakan pergi
Sungguh beruntungnya dikau punyai suami
Yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu


[Moge kite tergolong dikalangan bidadari2 syurga..InsyaAllah^_^ ]

::Usrah Badar..Ukhwah Fillah::

Tuesday, June 22, 2010

::Wadah Perjuangan::

Salam 'alaik..
LAGU IKRAM
Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan
Lagu ni telah dikenalkan oleh sahabatku semalam..Sejak malam tadi smpla skrg,aku asik ulang je..Bile dengar lagu ni,tersentuh sgt..Liriknya sangat bermakna n yg menaikkan semangatku untuk terus berjuang,untuk terus menggalas tugas yg telah diamanahkan ini..InsyaAllah^_^

Moge dengan pelancaran IKRAM pada 20 jun yg lalu dapat terus menguatkan sayap dakwah di Malaysia dan mendaulahkn syariat Islam....Semoga Islam akan terus menyinar suatu hari nanti..ALLAHUAKBAR!!!!!

::pen IKRAM..I'Allah pen ni akan terus memberi semangat
untukku n sahabat2 BADAR yg laen^_^::
http://www.youtube.com/watch?v=INqswNhvlOk